Tuesday, July 6, 2010

Bezanya

Bezanya manusia
Pendapat dan pengalaman
Salah dan benar bukan persoalan
Ia lebih kepada pati kehidupan

Hari ini
aku belajar dari seseorang
bukan dari leluhur yang sama
Patinya masih sama seperti HAMKA
Bahagia, cemerlang dan kehidupan,
merupakan perspektif yang berbeza

matlamat tetap sama

Ilmu yang menyatukan ia
bagi yang menyintainya

Monday, July 5, 2010

Rindu2

Rindu lagi,

hadir ku tidak menambah,
hilang ku tidak mengurangkan,

Sayang dan cinta ku
adalah luhur
ia sesuatu yang agong dalam nurani ku

Sayang dan cinta ku
tidak bersyarat

Aku tidak berkehendakan cabaran
bagi membuktikan cinta
cukuplah ia
untuk bahagia dan makmurnya jiwa

Sunday, June 27, 2010

Rejab15, Bulan & Bahagia

Rejab 15

Bulan pada malam ini penuh. Cahayanya terang, sangat mengasyikan . Saya hadiahkan ia buat kamu.

Rejab 15 ini untuk kamu, keasyikan ia adalah kamu.
Bahagia untuk kamu seperti cahayanya di malam yang gelita.

Saturday, June 26, 2010

Harapan

Saya tidak lagi mengharap
biar sekelumit jua
kerana harapan itu sudah pudar dan
kini kian meghilang

Awak
perlukan cabaran
lebih teruja kerananya

Saya
lebih sukakan yang jujur dan seadanya

Andai kata
Awak mahukan
ia mesti disusuli daya
kerana
Saya
sudah tidak lagi berdaya
redha

Friday, June 25, 2010

Rindu 1

Rindu
tersangat rindukan kamu
barangkali sekilas pandangan daripada kamu
dapat menghilangkan rindu

Rindu
tersangat rindukan bahagia itu
walaupun pastinya aku tahu
ia tidak mungkin berlaku
barangkali senyum kamu
dapat menyenangkan hati

Rindu
jujurnya perasaan
luhurnya pengakuan
zahirnya tak dapat dinyatakan

Tuesday, June 22, 2010

Kembali

Hidup
adalah sementara
hanyalah persinggahan

Aku
masih mencari
seringkali tersilap
acapkali tewas
terlalu mengharap pada yang mustahil
menagih daripada yang tak sudi
menagih pada yang bukan hakiki

Aku
lupa, janji-Nya itu pasti
alpa, yang Dia sangat Mengetahui
kembali merayu pada Dia
kerana Dia yang Abadi dan Maha Pemberi